Tingkatan 5 / Lima dan SPM

Hai adik sekalian yang baru lepasan spm berdarah muda dan bertenaga gitu. Akak nak bagitahu bahawa tips2 persedian untuk adik sebelum melangkah ke university atau politeknik.

Nasihat akak ni kalau nak pakai, pakai lah kalau rasa berguna! kalau tak mahu baca sila exit ye.

Tahniah akak ucapkan kepada adik yang dah berjaya menghabiskan kehidupan Sekolah Menengah.
Mesti adik-adik dah buat yang terbaik dalam kehidupan ini. Ada yang depressed waktu belajar susah sangat ke apa ke huhu. Akak pun depressed 2 tahun tingkatan 4 dan 5 bermacam-macam dugaan datang.

Okey pertama sekali akak nak tanya apakah cita-cita adik? Sila jadi seorang yang realistik maksudnya cita-cita mengikut latar belakang kehidupan dan kemampuan adik-adik sahaja. Tak perlulah nak capai cita-cita tinggi menggunung tapi buat separuh jalan macam akak 😭. Adik-adik kenalah jadi matang dan tahu gaji dan kemampuan ibu bapa adik untuk membantu adik-adik mengejar kerjaya adik-adik sampai dimana?. Maklumlah ibu bapa adik-adik bukan muda lagi kadang ada dah pencen, berhenti kerja, kesian dekat ibu bapa.

Waktu akak belajar dulu ayah akak dah nak masuk umur 60 tahun diberhentikan dari kerja. Sumber wang akak dah tiada dah lah akak tiada kenderaan lepastu duit makan pun tiada. Jadi yang nak sambung belajar ni kene pandai naik motor atau kereta tau jangan menyusahkan orang. nanti kena palau pula dengan classmate😰.

Bahasa english please prepare betul-betul kena pandai bahasa english sebelum masuk diploma atau politeknik yang dapat SPM BI C/D/E/G tu haa akak nasihat kan pergi kursus bahasa english part time hujung minggu sambil kerja, tip topkan dulu bahasa english tu banyak je kursus bahasa english ni di uitm pun ada UM pun ada yang swasta buka company sendiri pun ada kursus ini memang banyak membantu adik2 di university nanti. Kursus ni untuk semua lah orang dah kerja, orang awam, yang tengah nak amik MUET boleh je pergi mahal sikit lah tapi berbaloi dapat sijil dan pengetahuan luas bahasa english.

PTPTN, MARA, SPONSORSHIP, Tajaan, ANAK NEGERI SELANGOR, PETRONAS, ZAKAT. Dulu akak dapat petronas punya biasiswa diploma in Pharmacy sekolah petronas la. Akak koyakkan surat tu, ingat main spam punya surat (yang selalu IPTS surat banyak2 tu) hahaha😭 tapi memang akak tak minat course tu pun. Kalau nak tahu ptptn ni searchla laman web dia, mara ni kalau adik dah dapat pointer tinggi 3.50 keatas waktu semester 1 dah boleh cuba mohon mara tapi kene lah consistent pointer itu hingga akhir semester, SPONSORSHIP ni akak tak tahu sangat tapi ni kalau memang pelajar genius dan consistent straight A's seumur hidup dia. kawan akak dapat tapi dia pun terseksa sebab kene dekan dan pointer tinggi juga setiap semesta rasanyalah (kalau akak salah comment dibawah). ZAKAT boleh search la akak tak tahu lah pasal ni, yang akak tahu boleh mohon la untuk awal semester. ANAK NEGERI ni tengok tempat kelahiran adik dimana search la ye akak tak pernah mohon lagi.

Oh ya sebelum adik baru memasuki tinkatan 5 bolehlah search cara memohon UPU beli no bsn di bank dan isi. Nasihat akak yang boleh masuk awal tu cuba masuk awal secepat mungkin takut otak berkarat pula. Kalau adik2 mohon umur 17, 18 tahun, adik dah start belajar memang akan selang 1 tahun lama, cepat2 la belajar ya takyah nak mengaggur lama-lama. Akak pun jenis macam ni juga sebab tak tahu pun boleh masuk awal sebab tiada siapa bagitahu maklumlah akak tiada rujukan semua ni internet dan computer pun kena berebut memang takda masa lah nak tengok henfon bimbit  sendiri pun tiada.

Internet, Wifi, Postpaid, Unlimited data, haaa yang ni diharuskan amik memanglah wifi ada dekat university tapi mengikut pengalaman akak susah low wifi dan sangkut2 sebab bukan sorang je yang pakai staff, student, senior junor University semua guna pagi sampai tengahari tu memang kacau semua signal, kalau boleh beli laptop sendiri, henfon semestinya, pastu buat bill kad phone bayar bulan2 berbaloi guna lah PTPTN adik tu tapi jangan boros pakai semua pakai hutang je banyak.

so perjalanan adik sepatutnya macam ni:
okey over la sikit mana tahu adik-adik nak pergi jauh digalakkan jika adik-adik jenis sanggup nak cari kerja tinggi menlangit.

Nasihat akak bila dah dapat masuk university ni IPTA / IPTS beli lah buku ye mengikut subject course adik tu, kalau nak ikut study slide lect habis la kau takkan faham study awal dari lect, sebelum lecturer mengajar lagi dah sedia dengan ilmu-ilmu course tu supaya senang faham, jangan study last minit, setiap hari kene study, buat jadual waktu. Dekatkan diri dengan classmate yang pandai-pandai yang selalu dapat dekan tu haaa...ikut kemana diorang pergi sebab diorang lah yang akan membantu adik dalam motivasikan diri adik untuk jadi yang terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan